Kelab Pidato Perdana adalah sebuah Kelab Belajar Memberi Ucapan yang terbuka kepada semua warga Malaysia. Kaedah pembelajaran cara dewasa digunakan dalam satu suasana yang menggalakkan. 
Kempen keahlian sedang dijalankan. Jika berminat sila hubungi Naib Presiden Perhubungan Awam Azmi Shahrin 012-9198557 azmishahrin@gmail.com 

Search This Blog

16 November, 2008

Program Sehari di Rumah Sandy Tan

Ahad, 16hb. November - Program Sehari di Rumah Sandy Tan
 
Hari ini, awal-awal lagi saya bangun. Bersarapan, bersiap sedia, mengemaskan rumah. Azmi Shahrin pun bangun awal, lalu bergegas ke rumah saya dalam keadaan mengantuk sedikit. Rohayati Hasan juga menuju ke rumah saya setelah menyediakan sarapan pagi untuk kakak dan anak saudara yang berkunjung dari Kelantan. Meninggalkan mereka sekejap. Shahrozaini pula menghantar sms kepada saya, ada hal penting yang perlu diuruskan, tapi datang tetap datang, cuma lewat sedikit. Azman Hasan pula menghidupkan enjin kereta di Sitiawan dan membawa kereta 150 kilometer ke rumah saya. Syahnaz juga melalui perjalanan yang agak jauh (entah dari mana) untuk ke rumah saya di Damansara.
 
Apakah matlamat semua aktiviti ini pada awal hari Ahad?
 
Sebenarnya, sesi khas ini merupakan idea saya. Saya yang jadi "culprit" paksa mereka ini datang. Dalam masa beberapa jam dari jam 10 pagi, Rohayati telah berjaya menyiapkan 2 buah ucapan projek - secara spontan pulak tu! Shahrozaini bercakap panjang lebar berkenaan "industri kelapa"... hehe... untuk ucapan #7. Azman juga berjaya menyiapkan ucapan #3 berkenaan teknik-teknik perdagangan mata wang asing. Azmi yang jadi jurulatih untuk mereka bertiga ini. Syahnaz sepatutnya jadi penonton, tapi juga mengambil kesempatan mengulangi sebuah ucapan projek yang kurang memuaskan dulu. Setiap peserta telah menunjukkan peningkatan yang ketara dalam masa yang singkat.
 
Pukul 2.30 petang, semua dah mengantuk dan merayu-rayu nak pulang. Maka sesi pun bersurai.
 
Dengan ini, berjaya "dipulihkan" 3 orang ahli yang dah lama tak aktif. Terima kasih kepada semua yang membantu, terutama Azmi Shahrin.
 
Kelab Pidato Perdana - kelab yang paling hebat dalam dunia ini!
 
 
Dilaporkan oleh Sandy Tan

1 comment:

Rohi Jas said...

Tahniah kepada semua yang berusaha, terutamanya Srikandi Sandy.

AZMI SHAHRIN