Kepada Ahli-ahli KPP yang dihormati,
Pada 3hb. Julai, saya telah membentangkan cadangan untuk Sistem Pentarafan Kelab Pidato Perdana yang baru. Ahli-ahli yang hadir bersetuju bahawa kita mula melaksanakan sistem ini. Butir-butir boleh diperkemas dari semasa ke semasa.
Dilampirkan adalah penerangan sistem ini secara terperinci.
Penerangan Secara Ringkas
5 pangkat/gelaran dianugerahkan:
Pemidato Mahir Pangkat 2
Pemidato Mahir Pangkat 1
Pemidato Cemerlang Pangkat 2
Pemidato Cemerlang Pangkat 1
Pemidato Gemilang
Pemidato Mahir = Hebat dalam Ucapan Tersedia
Ucapan Tersedia: 60 markah - Pangkat 2, 80 markah - Pangkat 1
* Pangkat Pemidato Mahir adalah di dalam jangkauan setiap ahli. Tidak kira berapa kali anda berlatih di rumah, asalkan anda mampu menyampaikan ucapan yang memperoleh markah yang dikehendaki, anda akan diberi pangkat ini.
Pemidato Cemerlang = Hebat dalam Ucapan Tersedia dan Ucapan Spontan, serta mempunyai Pengalaman menyampaikan Ucapan Khusus
Ucapan Spontan 50 markah, 10 Ucapan Khusus - Pangkat 2
Ucapan Spontan 70 markah, 15 Ucapan Khusus - Pangkat 1
Pemidato Gemilang = Sangat Hebat dalam Ucapan Tersedia dan Ucapan Spontan, serta mempunyai Banyak Pengalaman menyampaikan Ucapan Khusus + Memiliki Gaya Peribadi Yang Diiktiraf
Ucapan Tersedia 90 markah
Ucapan Spontan 80 markah
25 Ucapan Khusus
Ucapan Tersedia dan Ucapan Spontan dinilai mengikut 5 kategori:
- Keyakinan am - termasuk tiada penongkat ucapan dan tabiat buruk
- Isi kandungan dan susunan
- Bahasa tubuh
- Kepelbagaian suara
- Bahasa Malaysia yang baik
Penilaian Ucapan Khusus adalah berdasarkan penyertaan iaitu bilangan ucapan yang disampaikan. (Contoh Ucapan Khusus adalah cerita rakyat yang diberi perhatian baru-baru ini. Selain cerita rakyat, ada lagi 27 jenis Ucapan Khusus yang bakal disajikan.)
Markah diberi oleh barisan 3 Hakim. Buat masa ini, kelayakan minimum untuk jadi Hakim ialah Pemidato Mahir Pangkat 1.
Calon-calon yang berjaya akan diberi sijil dan lencana.
Kelebihan sistem ini ialah ia mengambil kira kemahiran dan juga penyertaan. Ia memastikan mereka yang mendapat gelaran memiliki kemahiran berpidato yang asas. Ia juga mengambil kira pengalaman menyampaikan ucapan khusus tetapi memberi kelonggaran dari segi pencapaian.
Majlis Pentarafan 17hb. Julai 2009
Kami beri perhatian kepada anugerah Pemidato Mahir buat masa ini. Kami akan mencari beberapa ahli yang difikir sudah "bersedia" untuk mendapat anugerah ini untuk menyampaikan ucapan tersedia. Semua ahli boleh menawarkan diri - sila dapatkan maklumat terperinci daripada saya. Barisan hakim akan dilantik.
Aturcara 17hb. Julai adalah seperti berikut:
1. Calon-calon menyampaikan ucapan
2. Hakim-hakim berunding - sementara waktu ahli-ahli dan hadirin lain diberi peluang menyampaikan ucapan berjenaka (sebagai hiburan) selama 2-3 setiap satu (lebih pun dialu-alukan)
3. Hakim-hakim memberi keputusan dan ulasan (bertulis dan secara lisan)
Semua dijemput hadir.
Sekian, terima kasih.
Sandy Tan