Ahli-ahli dan Rakan-rakan KPP,
Pada 17hb. April, Majlis Pentarafan telah diadakan buat kali pertama.
Pemidato-pemidato yang berikut berjaya memperoleh tahap Pemidato Mahir Pangkat 2:
Hj. Mohd Anuar Ibrahim
Mohd Asri Mohd Zain
Rohijas Mohd Sharif
Sandy Tan
Sezali Othman
Namun, hanya seorang calon yang berjaya memperoleh tahap Pemidato Mahir Pangkat 1:
Rashedi Ramli
Selain saudara Rashedi, Azmi Shahrin juga dianugerah tahap PMP1 (tahap kedua dalam lima tahap) sebagai "penghormatan" berdasarkan status beliau sebagai Jurulatih Ucapan bagi KPP.
Sijil dan lencana sekarang "dalam perjalanan" (on the way)!!
Ringkasan Sistem Pentarafan Kelab Pidato Perdana
Pemidato Mahir - berdasarkan ucapan tersedia sahaja - 60 markah Pangkat 2, 80 markah Pangkat 1
Pemidato Cemerlang - berdasarkan ucapan tersedia dan ucapan spontan. Namun, ahli-ahli yang sudah mencapai tahap Pemidato Mahir boleh memperoleh tahap Pemidato Cemerlang dengan menyampaikan ucapan spontan sahaja (3 tajuk). 50 markah Pangkat 2, 70 markah Pangkat 1. Selain itu, ahli perlu menyiapkan 10 ucapan khusus untuk Pangkat 2 dan 15 ucapan khusus untuk Pangkat 1.
Pemidato Gemilang - ucapan tersedia 90 markah, ucapan spontan 80 markah, 25 ucapan khusus, memiliki gaya peribadi yang diakui
Markah diberi oleh 3 hakim. Pemidato Mahir Pangkat 1 ialah kelayakan menjadi Hakim (buat masa ini). Pada kali pertama Majlis Pentarafan diadakan, 3 hakim terdiri daripada Azmi Shahrin dan 2 hakim dari luar KPP.
Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua yang terlibat. Semoga KPP berjaya menghasilkan pemidato-pemidato yang akan menggoncang dunia ini!
Sandy Tan
--
We will eliminate your fear of public speaking
www.ProSkillsTrainers.com
Speak Malay properly
www.pidatoperdana.com
No comments:
Post a Comment