Kelab Pidato Perdana adalah sebuah Kelab Belajar Memberi Ucapan yang terbuka kepada semua warga Malaysia. Kaedah pembelajaran cara dewasa digunakan dalam satu suasana yang menggalakkan. 
Kempen keahlian sedang dijalankan. Jika berminat sila hubungi Naib Presiden Perhubungan Awam Azmi Shahrin 012-9198557 azmishahrin@gmail.com 

Search This Blog

23 July, 2009

Acara Perbahasan pada 24hb. Julai (besok, Jumaat)

 
Ahli-ahli dan Rakan-rakan KPP,
 
Kita akan berjumpa kembali pada 24hb. Julai iaitu besok (Jumaat). Menara Telekom, Tingkat 50. 7.45 malam.
 
Acara kali ini ialah PERBAHASAN. 2 tajuk akan dibahaskan:
 
1. Semua kaum di Malaysia menerima layanan yang sama.
 
2. Melayu malas.
 
Setiap tajuk akan menampilkan 3 pencadang dan 3 pembangkang.
 
Acara kali ini tentu sangat menarik dengan pembentangan pandangan daripada kedua-dua belah. Memandangkan keahlian hampir semua Melayu, saya fikir tak akan terjadi rusuhan. Kekekeh!!! (Saya fikir... bukan Melayu saje yang takut... sedangkan Melayu mereka ok.)
 
Anda semua dijemput hadir. Semua yang hadir diberi peluang berucap! Datanglah. Acara begini tak ada di mana-mana kelab malah di seluruh Malaysia pun tak ada!!!
 
Jumpa kat sana!
 
Sandy Tan
012-3508844

--
We will eliminate your fear of public speaking
www.ProSkillsTrainers.com

Speak Malay properly
www.pidatoperdana.com

20 July, 2009

Keputusan Majlis Pentarafan 17hb. April 2009

Ahli-ahli dan Rakan-rakan KPP,
 
Pada 17hb. April, Majlis Pentarafan telah diadakan buat kali pertama.
 
Pemidato-pemidato yang berikut berjaya memperoleh tahap Pemidato Mahir Pangkat 2:
 
Hj. Mohd Anuar Ibrahim
Mohd Asri Mohd Zain
Rohijas Mohd Sharif
Sandy Tan
Sezali Othman
 
Namun, hanya seorang calon yang berjaya memperoleh tahap Pemidato Mahir Pangkat 1:
 
Rashedi Ramli
 
Selain saudara Rashedi, Azmi Shahrin juga dianugerah tahap PMP1 (tahap kedua dalam lima tahap) sebagai "penghormatan" berdasarkan status beliau sebagai Jurulatih Ucapan bagi KPP.
 
Sijil dan lencana sekarang "dalam perjalanan" (on the way)!!
 
 
Ringkasan Sistem Pentarafan Kelab Pidato Perdana
 
Pemidato Mahir - berdasarkan ucapan tersedia sahaja - 60 markah Pangkat 2, 80 markah Pangkat 1
 
Pemidato Cemerlang - berdasarkan ucapan tersedia dan ucapan spontan. Namun, ahli-ahli yang sudah mencapai tahap Pemidato Mahir boleh memperoleh tahap Pemidato Cemerlang dengan menyampaikan ucapan spontan sahaja (3 tajuk). 50 markah Pangkat 2, 70 markah Pangkat 1. Selain itu, ahli perlu menyiapkan 10 ucapan khusus untuk Pangkat 2 dan 15 ucapan khusus untuk Pangkat 1.
 
Pemidato Gemilang - ucapan tersedia 90 markah, ucapan spontan 80 markah, 25 ucapan khusus, memiliki gaya peribadi yang diakui
 
Markah diberi oleh 3 hakim. Pemidato Mahir Pangkat 1 ialah kelayakan menjadi Hakim (buat masa ini). Pada kali pertama Majlis Pentarafan diadakan, 3 hakim terdiri daripada Azmi Shahrin dan 2 hakim dari luar KPP.
 
 
Terima kasih atas sokongan yang diberikan oleh semua yang terlibat. Semoga KPP berjaya menghasilkan pemidato-pemidato yang akan menggoncang dunia ini!
 
 
Sandy Tan

--
We will eliminate your fear of public speaking
www.ProSkillsTrainers.com

Speak Malay properly
www.pidatoperdana.com

07 July, 2009

Sistem Pentarafan Baru & Majlis Pentarafan 17hb. Julai 2009

Kepada Ahli-ahli KPP yang dihormati,
 
Pada 3hb. Julai, saya telah membentangkan cadangan untuk Sistem Pentarafan Kelab Pidato Perdana yang baru. Ahli-ahli yang hadir bersetuju bahawa kita mula melaksanakan sistem ini. Butir-butir boleh diperkemas dari semasa ke semasa.
 
Dilampirkan adalah penerangan sistem ini secara terperinci.
 
Penerangan Secara Ringkas
 
5 pangkat/gelaran dianugerahkan:
Pemidato Mahir Pangkat 2
Pemidato Mahir Pangkat 1
Pemidato Cemerlang Pangkat 2
Pemidato Cemerlang Pangkat 1
Pemidato Gemilang
 
Pemidato Mahir = Hebat dalam Ucapan Tersedia
Ucapan Tersedia: 60 markah - Pangkat 2, 80 markah - Pangkat 1
* Pangkat Pemidato Mahir adalah di dalam jangkauan setiap ahli. Tidak kira berapa kali anda berlatih di rumah, asalkan anda mampu menyampaikan ucapan yang memperoleh markah yang dikehendaki, anda akan diberi pangkat ini.
 
Pemidato Cemerlang = Hebat dalam Ucapan Tersedia dan Ucapan Spontan, serta mempunyai Pengalaman menyampaikan Ucapan Khusus
Ucapan Spontan 50 markah, 10 Ucapan Khusus - Pangkat 2
Ucapan Spontan 70 markah, 15 Ucapan Khusus - Pangkat 1
 
Pemidato Gemilang = Sangat Hebat dalam Ucapan Tersedia dan Ucapan Spontan, serta mempunyai Banyak Pengalaman menyampaikan Ucapan Khusus + Memiliki Gaya Peribadi Yang Diiktiraf
Ucapan Tersedia 90 markah
Ucapan Spontan 80 markah
25 Ucapan Khusus
 
Ucapan Tersedia dan Ucapan Spontan dinilai mengikut 5 kategori:
- Keyakinan am - termasuk tiada penongkat ucapan dan tabiat buruk
- Isi kandungan dan susunan
- Bahasa tubuh
- Kepelbagaian suara
- Bahasa Malaysia yang baik
 
Penilaian Ucapan Khusus adalah berdasarkan penyertaan iaitu bilangan ucapan yang disampaikan. (Contoh Ucapan Khusus adalah cerita rakyat yang diberi perhatian baru-baru ini. Selain cerita rakyat, ada lagi 27 jenis Ucapan Khusus yang bakal disajikan.)
 
Markah diberi oleh barisan 3 Hakim. Buat masa ini, kelayakan minimum untuk jadi Hakim ialah Pemidato Mahir Pangkat 1.
 
Calon-calon yang berjaya akan diberi sijil dan lencana.
 
Kelebihan sistem ini ialah ia mengambil kira kemahiran dan juga penyertaan. Ia memastikan mereka yang mendapat gelaran memiliki kemahiran berpidato yang asas. Ia juga mengambil kira pengalaman menyampaikan ucapan khusus tetapi memberi kelonggaran dari segi pencapaian.
 
 
Majlis Pentarafan 17hb. Julai 2009
 
Kami beri perhatian kepada anugerah Pemidato Mahir buat masa ini. Kami akan mencari beberapa ahli yang difikir sudah "bersedia" untuk mendapat anugerah ini untuk menyampaikan ucapan tersedia. Semua ahli boleh menawarkan diri - sila dapatkan maklumat terperinci daripada saya. Barisan hakim akan dilantik.
 
Aturcara 17hb. Julai adalah seperti berikut:
1. Calon-calon menyampaikan ucapan
2. Hakim-hakim berunding - sementara waktu ahli-ahli dan hadirin lain diberi peluang menyampaikan ucapan berjenaka (sebagai hiburan) selama 2-3 setiap satu (lebih pun dialu-alukan)
3. Hakim-hakim memberi keputusan dan ulasan (bertulis dan secara lisan)
 
Semua dijemput hadir.
 
 
Sekian, terima kasih.
 
 
Sandy Tan

--
We will eliminate your fear of public speaking
www.ProSkillsTrainers.com

Speak Malay properly
www.pidatoperdana.com

AZMI SHAHRIN